Powered By Blogger

Wednesday, June 4, 2008


INSEP (UTHM) GROUP







LAGU TEMA INSEP 08 (KEM BT 13)

BILA DIRI DISAYANGI (UKAY'S)

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang, berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama mu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Digunung dilembah, didarat diair
Siapa pun hamba keikhlasan doa keagungan kasih merubah takdir

Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama mu
Terasa diri ku kembali di pandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkan lah aku menumpang disini
Dibawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri....

Tuesday, June 3, 2008

MUHASABAH DIRI

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata,
pada sisi (hukuman dan ketetapan) ALLAH,
ialah orang -orang yang yang pekak lagi bisu,
yang tidak mahu memahami sesuatupun (tentang akal fikirannya)
-Surah Al-Anfal Ayat 22

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji"
-Surah Al-Humazah Ayat 1

ASSALAMUALAIKUM..........

LATAR BELAKANG DIRIKU.

Nama diberi MOHD AFIF BIN RAZALI. Dilahirkan pada 13 Mei 1986 di sebuah negeri pantai timur yang terkenal dengan keenakan keropok lekor dan nasi dagang. Aku anak sulung dalam keluarga ku dari enam orang adik beradik. Aku menetap Felda Tementi yang terletak di BERA, PAHANG. Bapa ku bekerja sebagai Penyelia Kanan Felda dan ibuku sebagai Suri Rumah sepenuh masa.Sejarah pendidikan ku bermula di Felda Kemasul dimana aku telah bersekolah Tadika dan Darjah satu disana. kemudian aku telah berpindah ke Felda Tementi dimana tempat aku menetap sekarang. Aku bersekolah disini dari darjah dua hingga darjah enam di Sekolah Kebangsaan LKTP Tementi. Setelah tamat pendidikan rendah, aku menyambung pendidikan menengah rendah ku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera yang juga terletak berhampiran denagan rumah ku sehingga Ting 3. Dengan berbekalkan keputusan PMR yang tidak seberapa, aku telah melanjutkan pendidikan menengah tinggi di Sekolah Menengah Teknik Temerloh (SMTT) sehingga tamat Ting 5 dalam kursus Elektronik (V).

Setelah tamat Ting 5, aku melanjutkan pelajaran ke Ting 6 bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Purun. Tetapi aku hanya bertahan beberapa bulan sahaja kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS), KUANTAN PAHANG dalam bidang Dip.Kej. Elektronik selama 3 tahun.
Setelah tamat pengajiaan, aku telah menyertai program INSEP dalam bidang Rangkaiaan Komputer Dan Aplikasi di UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) BATU PAHAT, JOHOR sehinggalah sekarang. =)